Home » Archives for June 2020
Wednesday, June 10, 2020
Kalau sebelum ni, saya suka pakai bread maker atau stand mixer untuk membuat doh.
Bila dah terlalu bergantung dengan mesin, kita tak kisah pun nak belajar teknik menguli yang betul.
Sebelum beli mesin untuk tolong saya menguli doh dulu, pernah jugak saya uli sendiri pakai tangan, tapi kekok dan tak pandai nak handle doh yang melekit tu.
Sejak tu, memang tak pernah langsung buat roti lagi sebab teksturnya tak lembut dan gebu sebab tak cukup uli.
Sebenarnya, menguli doh roti ni tak susah mana pun, cuma perlukan teknik yang betul je supaya jaringan gluten terbentuk, menjadikan roti ni pejal, chewy dan gebu.
Kalau ada sesiapa yang rasa nak buat senaman tangan tu, lepas ni tolak tepi mesin penguli dan uli doh roti ni pakai tangan yea. Hihi..
Bagi tangan tu biasa pegang doh.
Sejak saya sibuk belajar menguli pakai tangan ni, Mr Hubby pun dah excited nak join sekali.
Dia pulak memang "hantu" roti, suka sangat makan roti terutama roti yang ada fillingnya.
Kali ni saya nak kongsikan cara-cara membuat sendiri roti burger di rumah yang mudah, gebu gebas dan lembut ni tanpa menggunakan mixer atau pun pencetak roti burger.
Lepas ni, anda boleh buat sendiri je roti burger, tak payah beli yang dah siap jual di kedai tu.
Lagi sedap dan tanpa bahan pengawet.
Bagi sesiapa yang memang minat nak buat roti atau bun sendiri di rumah, saya cadangkan belilah tepung yang khas untuk membuat roti, iaitu tepung high protein atau orang panggil sebagai tepung roti.
Tepung high protein ni dia tak sama dengan tepung gandum biasa.
Tekstur tepung high protein lebih ringan dan kandungan protein pun lebih tinggi dari tepung gandum.
Gluten adalah sejenis protein yang wujud dalam produk berasaskan gandum.
Kebanyakan tepung mempunyai gluten.
Gluten membantu menganjal, mengukuh dan menguatkan struktur roti dan produk-produk baking yang lain bila gluten berinteraksi dengan air dan diuli.
Untuk resepi roti burger kali ni, saya campurkan antara tepung gandum dengan tepung high protein.
Tepung high protein ni ringan dan agak kurang rasa, sebab tu saya campurkan dengan tepung gandum supaya tekstur roti tidak terlalu ringan macam makan kapas.
Kalau anda ada acuan loyang untuk roti burger, boleh pakai supaya roti burger akan naik cantik ke atas dan tak melebar ke tepi sewaktu dibakar.
Saya takde acuan roti burger ni, InsyaAllah kalau ada kesempatan nanti kami nak beli jugak sebab suka sangat buat roti burger sendiri di rumah.
Kalau buat sendiri roti burger, boleh tabur bijan banyak sikit kat atas roti tu. Hihi..
Kategori: Bun
Menghasilkan : 9 ke 10 biji
2 cawan tepung high protein | 250 gram
1 1/2 cawan tepung gandum | 180 gram
1 sudu besar yis kering | 8.5 gram
1 sudu teh garam halus | 6 gram
1/4 cawan gula pasir | 50 gram
1 sudu besar minyak sayuran/minyak masak | 13.6 gram
2 sudu besar mentega/marjerin | 28.4 gram
1 cawan + 1 sudu besar susu segar / air
1 biji telur Gred A
Putih telur
Sedikit air
Bijan putih secukupnya
Cairkan mentega menggunakan microwave atau panaskan di atas dapur hingga cair. Biarkan sejuk sebentar.
Panaskan susu segar menggunakan microwave atau panaskan di atas dapur. Jangan sampai mendidih. Cukup sekadar takat suam (dalam 60℃ hingga 70℃).
Pecahkan sebiji telur dan asingkan sedikit putih telur untuk glis roti burger.
Di dalam mangkuk pengadun, campurkan bahan kering (tepung high protein, tepung gandum, gula pasir, garam halus dan yis kering). Kacau sebati menggunakan spatula atau tangan.
Buatkan lubang di tengah adunan tepung, tuang susu suam, mentega cair, minyak dan telur.
Gau hingga terbentuk doh.
Tabur sedikit tepung gandum di atas papan pencanai.
Pindahkan doh roti ke papan pencanai.
Uli hingga doh elastik dan licin permukaannya, kira-kira 10 ke 12 minit.
Setelah doh selesai diuli, tabur sedikit tepung atau boleh juga kalau nak lenser dengan minyak mangkuk pengadun tadi dan masukkan doh roti ke dalamnya.
Tutup mangkuk pengadun dengan cling wrap atau tuala bersih.
Biarkan doh rehat selama 1 hingga 2 jam (bergantung kepada cuaca). Rehatkan doh di tempat yang agak panas supaya cepat mengembang.
Doh yang sudah cukup mengembang saiznya akan mengembang sebanyak dua kali ganda.
Setelah doh mengembang, tumbuk-tumbuk doh dan uli beberapa minit untuk mengeluarkan angin di dalam doh.
Bahagikan doh kepada 9 atau 10 bahagian dan bualt-bulatkan setiap doh.
Susun di atas dulang yang dlenser mentega atau dialas dengan baking paper atau silicone mat supaya roti tak melekat pada dulang pembakar selepas dibakar.
Tinggalkan ruang yang banyak di antara doh roti untuk memberi ruang doh roti mengembang dan tak melekat antara satu sama lain.
Tutup loyang pembakar dengan plastik atau tuala bersih dan rehatkan lagi doh roti hingga mengembang dua kali ganda, kira-kira 1 jam.
Panaskan ketuhar pada suhu 180℃ selama 10 minit.
Sementara itu, campurkan baki putih telur tadi dengan 1 sudu besar air. Kacau hingga sebati.
Gliskan campuran putih telur di atas permukaan doh roti dan tabur dengan bijan putih kalau suka.
Bakar pada rak kedua dari bawah selama 15 minit pertama, kemudian pindahkan ke rak atas dan bakar hingga bahagian atas coklat keperangan.
Setelah dibakar, sejukkan roti burger dan sedia digunakan.
Friday, June 5, 2020
Resepi Biskut Nestum Coklat Rangup dan Mudah Tanpa Telur
June 05, 2020 Lyn Alina
Bahan asas untuk membuat biskut kebanyakannya hampir sama, cuma perlu sesuaikan sukatan setiap bahan supaya memenuhi citarasa.
Itu sebabnya pada saya mengolah resepi biskut lebih senang berbanding mengolah resepi kek, terutamanya jenis kek yang lebih teknikal pada saya macam kek chiffon dan kek span.
Kek ni kalau dah silap teknik dan sukatan bahan, semua akan spoil.
Tak boleh nak fix lagi.
Tak macam biskut.
Kalau terlembik boleh tambah tepung, kalau terkeras boleh tambahkan mentega, susu atau telur hingga doh biskut lembut semula.
Resepi biskut bertemakan coklat untuk entri ni ialah biskut nestum coklat.
Sebelum PKP di implement bulan Mac lepas, kami dah beli stok barang-barang baking siap-siap macam mentega, tepung, gula, coklat compound, coklat chip dan bijirin macam Nestum dan rolled oats.
Simpan je semua barang baking ni dalam peti sejuk, tahan berbulan-bulan.
Dah lima kali saya buat biskut nestum coklat ni sejak sebelum raya lagi.
Memang sedap untuk dibuat kudapan sambil layan drama online. Hihi..
Kami ada habit suka simpan biskut di dalam peti sejuk.
Asalnya punca kami simpan simpan balang-balang berisi biskut dalam peti sejuk ni ialah disebabkan semut-semut halus yang suka "menyerang" biskut-biskut ni.
Walaupun dah bertutup rapat, tetap je semut ni boleh masuk dalam balang tu.
Jadi, terpaksalah sumbat semua balang biskut ni dalam peti sejuk untuk elak dari "serangan" semut-semut ni.
Tapi tak sangka pula bila kami masukkan biskut dalam peti sejuk, biskut jadi lebih rangup dan sedap!
Tak caya boleh cuba sendiri. Hehe..
Biskut nestum coklat ni dua kali saya upload videonya di channel Youtube saya.
Pertama kali saya upload dengan sukatan gram saja, sebab sejujurnya sebelum ni dah bertahun-tahun setiap kali membaking biskut atau kek, saya lebih suka menggunakan sukatan gram berbanding menggunakan sukatan cawan, sebab pada saya lebih mudah nak mengolah resepi biskut dan kek kalau pakai sukatan gram.
Sebab kalau pakai cawan, kena tengok jenis bahan yang kita sukat.
Secawan mentega tak sama beratnya dengan secawan gula.
Cornflakes yang belum dikisar dan yang dah dikisar halus beratnya tak sama walaupun sukatannya masing-masing secawan.
Secawan cornflakes yang belum dikisar lebih ringan berbanding secawan cornflakes yang dah dikisar.
Lebih kurang macam tu la..
Tonton video di channel Youtube saya di bawah ni untuk menonton cara membuat biskut nestum coklat versi pertama 👇
Kali kedua saya remake biskut nestum coklat ni saya olah menggunakan sukatan cawan pula disebabkan ada viewer yang request untuk dapatkan resepi biskut ni dalam sukatan cawan.
Saya tak dapat sukatan yang tepat kalau saya direct convert dari resepi biskut nestum coklat saya yang menggunakan versi gram saja tu.
Alhamdulillah, kedua-dua versi menjadi, tapi pada saya biskut yang saya olah kali kedua ni sukatan bahan-bahannya lebih seimbang.
Video di bawah ni ialah visual instructions untuk resepi biskut nestum coklat sukatan cawan, bagi yang takde penimbang kat rumah 😅😅
Jadi, saya akan kongsikan resepi biskut nestum coklat dengan sukatan cawan dan gram untuk entri ni.
BISKUT NESTUM COKLAT TANPA TELUR
Kategori: Molded Cookies, Biskut Raya
Kuantiti Biskut : Anggaran 39 keping (bergantung pada bentuk biskut)
Bahan-bahan:
1/2 cawan (111 gram) mentega bergaram - suhu bilik
1/4 cawan (50 gram) gula pasir halus/gula kastor - ksiar supaya lebih halus
3 sudu besar (54 gram) susu pekat manis
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu besar serbuk badam - optional
1/2 cawan (32 gram) Nestum yang belum dikisar - kisar halus
3/4 cawan (43 gram) cornflakes yang belum dikisar - kisar halus
1/4 cawan (30 gram) tepung jagung
2 sudu besar (12 gram) serbuk koko
1/2 sudu teh baking powder
1/2 cawan + 2 sudu besar (84 gram) tepung gandum
Bahan Hiasan:
Nestum secukupnya untuk menyalut
Cara-cara:
- Di dalam mangkuk pengadun, masukkan mentega, gula pasir/gula kastor yang dikisar halus dan susu pekat manis. Whisk atau putar adunan menggunakan electric mixer hingga adunan pucat dan ringan.
- Masukkan esen vanila, serbuk badam, Nestum dan cornflakes yang dikisar halus, gaul sebati.
- Ayakkan tepung jagung bersama serbuk koko, baking powder dan tepung gandum ke dalam adunan biskut dan gaul hingga membentuk doh yang tak melekat di tangan. Tambah sedikit tepung jika doh masih melekat.
- Bentukkan biskut mengikut bentuk yang disukai (bulat atau bujur) kemudian salutkan doh biskut dengan Nestum.
- Susun di atas dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper atau diglis dengan mentega. Jarakkan lebih kurang1 inci antara biskut untuk memberi ruang biskut mengembang bila dibakar.
- Bakar pada suhu 180℃ dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 5 minit selama 18 hingga 25 minit, menggunakan api atas bawah di rak tengah.
- Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Tuesday, June 2, 2020
Resepi Kek Pisang Badam Lembut dan Moist
June 02, 2020 Lyn Alina
Saya pernah membuat beberapa entri untuk resepi kek pisang ni di blog masakan saya, boleh rujuk di link di bawah ni 👇👇👇👇👇
CHOCOLATE BANANA SNACK CAKE:
CHOCOLATE BANANA MUFFIN:
KEK PISANG MOIST:
Kek pisang ni sangat versatile dan boleh diolah bukan saja dikukus, dijadikan kek span pisang, kek chiffon pisang, muffin dan kek cawan pisang, malah boleh divariasikan dengan menambah coklat dan kekacang untuk menambah keenakan rasa kek pisang ni.
Resepi kek pisang kali ni saya olah dengan menambah serbuk badam dan badam cincang yang ditabur di atas permukaan kek sebagai hiasan.
Tonton video tentang cara penyediaan kek pisang badam yang moist dan lembut ni di channel Youtube saya. Klik video di bawah ni 👇👇👇👇👇
Biasanya, saya akan menggunakan pisang Cavendish atau pisang berangan untuk membuat kek pisang.
Kedua-dua jenis pisang ni bersaiz besar, jadi kalau anda gunakan pisang jenis lain yang saiznya lebih kecil, macam pisang mas, pisang awak dan pisang embun, boleh lebihkan sedikit kuantitinya supaya rasa kek lebih sedap.
Kek pisang ni saya olah supaya rasanya tak terlalu manis dengan mengurangkan sedikit kuantiti gula.
Selain menggunakan gula pasir, saya campurkan dengan gula perang supaya kek lebih lembap dengan rasa yang lebih sedap.
Saya suka menggunakan gula pasir halus atau gula kastor untuk membuat kek supaya gula mudah larut berbanding kalau menggunakan gula pasir kasar.
Saya suka kalau ada ketulan-ketulan kecil pisang yang tak hancur di dalam kek pisang saya.
Sebab tu, saya lebih suka lecek saja pisang yang saya gunakan untuk membuat kek dengan menggunakan garfu berbanding memasukkan kesemua bahan di dalam blender.
Resepi kek pisang moist yang saya kongsikan link nya di atas menggunakan kaedah blender sampai halus pisang bersama minyak, telur dan gula pasir.
Saya tak menggunakan ovalet untuk resepi kek pisang badam ni, namun hasilnya tetap juga lembut dan lembap kerana kuantiti pisang yang banyak dan juga penggunakan minyak sayuran yang melembapkan kek.
Saya tidak menggunakan pisang yang telah masak ranum (overripe) untuk resepi kek pisang ni, jadi kalau pisang yang anda gunakan tu dah overripe, rasanya akan lebih manis.
Bagi yang kurang suka kek yang terlalu manis, kalau gunakan pisang dah overripe, saya cadangkan untuk kurangkan sukatan gula perang menjadi 1/3 cawan saja.
KEK PISANG BADAM LEMBUT & MOIST
Kategori: Kek
Bahan-bahan:
3 ulas pisang bersaiz besar | anggaran 500 gram pisang |anggaran 1 3/4 cawan selepas dilecek
1/2 cawan gula perang | 100 gram
1/4 cawan gula pasir halus/ gula kastor | 50 gram
1/4 sudu teh garam halus
3 biji Gred A - suhu bilik
1/2 cawan minyak jagung / minyak sayuran | 110 gram
3 sudu besar serbuk badam
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum | 200 gram
1/2 sudu teh baking soda
1 1/2 sudu teh baking powder
Bahan Hiasan:
1 ulas pisang
Badam cincang secukupnya
Cara-cara:
- Lecek pisang hingga hancur di dalam sebuah mangkuk/bekas/pinggan dengan menggunakan garfu atau masher. Tak mengapa kalau masih ada sedikit ketulan kecil pisang yang tak hancur. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk pengadun, pecahkan 3 biji telur Gred A, masukkan gula pasir halus, gula perang dan garam halus. Whisk adunan hingga gula hancur.
- Masukkan pisang yang telah dilecek, esen vanila dan serbuk badam. Kacau sebati.
- Ayak tepung gandum bersama baking powder dan baking soda kemudian masukkan ke dalam adunan pisang tadi.
- Kaup balik hingga kesemua bahan bercampur sebati.
- Sediakan loyang segi empat sama bersaiz 7.5" X 7.5", atau 7" X 7" untuk mendapatkan kek yang lebih tinggi. Alas loyang dengan baking paper dan glis dengan mentega supaya mudah untuk dikeluarkan nanti.
- Untuk hiasan, hiris memanjang atau membulat 1 ulas pisang.
- Tuang adunan kek pisang ke dalam loyang yang telah disedikan dan hias dengan dengan hirisan pisang dan badam cincang.
- Bakar pada suhu 180℃ (356℉) dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 10 minit terlebih dahulu menggunakan api atas bawah dan pada rak paling bawah selama 45 minit hingga 1 jam.
- Jangan buka pintu ketuhar 30 minit pertama supaya kek tak turun di bahagian tengah. Selepas 40 minit, uji jika kek telah masak dengan cara mencucuk di bahagian tengah kek menggunakan cake tester atau lidi pencucuk. Jika cake tester atau lidi pencucuk licin bermakna kek telahpun masak.
- Keluarkan kek dari ketuhar dan biarkan sejuk sebentar (dalam 10 minit) di dalam loyang.
- Untuk mengeluarkan kek, gunakan pisau untuk merenggangkan bahagian tepi kek dari loyangnya (jika tak menggunakan baking paper) dan telangkupkan kek di atas redai. Biarkan kek sejuk dalam 30 minit. Kemudian, terbalikkan kek ke atas pinggan yang lebar atau papan kek.
- Potong mengikut saiz yang disukai dan hidangkan.
*TIPS:
Kek yang tak habis dimakan boleh dimasukkan ke dalam bekas kedap udara atau balut kek dengan aluminium foil bila kek telah betul-betul sejuk untuk mengelakkan kek dari cepat basi kerana kandungan pisang di dalam kek.
Simpan kek pisang di dalam peti sejuk supaya tahan lama, dan kek boleh dikukus, dibakar semula menggunakan suhu 150℃ (302℉) selama 15 minit, atau sehingga kek suam bila dipegang. Selain itu, anda boleh juga menggunakan mixrowave untuk memanaskan kek supaya kek menjadi lembut semula.
Penggunakan kombinasi gula perang dan gula pasir adalah optional saja. Kalau takde gula perang, anda boleh gunakan 100% gula pasir saja. Kalau nak guna 100% gula perang pun boleh.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)