Resepi Muffin Vanilla Lembut Gebu ala Kenny Rogers
Assalamualaikum readers..
Beberapa bulan lepas dapat request untuk resepi muffin vanilla Kenny Rogers. Selepas sekian lama saya hold schedule untuk membuat muffin vanilla ni, sebab nak adjust resepi supaya tekstur dan rasanya mirip dengan muffin vanilla Kenny Rogers tu.
Saya jarang beli muffin di Kenny Rogers, sebab biasanya kalau nak makan muffin saya akan buat sendiri. Lagipun, my Hubby memang lebih suka roti dan bun berbanding muffin. Jadi, untuk mendapatkan rasa dan teksturnya, kami beli beberapa biji muffin vanilla dan dua jenis muffin lain, muffin coklat dan pisang. Both muffin vanilla dan coklat kami rasa kena dengan tekak, cuma yang muffin pisang je kurang gemar.
Tekstur muffin vanillanya moist, dengan crumbs yang lebih lembut dan "cakey", tidak terlalu membonjol dan merekah seperti muffin pada kebiasaannya. Rasanya rich and buttery dan lembut.
Jadi, untuk mendapatkan desired texture seperti muffin vanilla Kenny Rogers, saya menggunakan Buttermilk di dalam resepi muffin ni. Penggunaan Buttermilk bukan saja menambah aroma yang lebih rich pada muffin, tetapi tahap keasidan pada Buttermilk akan membuatkan kek lebih gebu dan teksturnya lebih halus, lebih kurang sama efeknya jika menggunakan sour cream.
Untuk mendapatkan tekstur muffin yang lebih "cakey", mentega dan gula kastornya perlu dipukul sehingga pucat dan kembang, kemudian baru masukkan telur, esen vanila, bahan ayak dan Buttermilk. Saya kurangkan penggunaan telur, dan lebihkan Buttermilk untuk mendapatkan permukaan muffin yang rata dan lebih lembap.
Tonton Video Di Sini🍀
Setakat ini, ini tekstur terbaik muffin vanilla yang saya pernah buat. Rasanya tidak terlalu manis dan memang rich. Mungkin tidak 100% sama macam muffin Kenny Rogers, tapi rasanya memang agak mirip ya.
Bagi yang minat muffin vanilla, bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Muffin sedap dimakan ketika hangat bersama secawan kopi atau teh.
Selamat mencuba!
Muffin Vanilla
Kategori : Muffin
Masa Penyediaan : 15 minit
Masa Membakar : 20 minit
Jumlah Hidangan : 18 biji
BAHAN-BAHAN
250 gram mentega bergaram (lembutkan) | 1 cawan
180 gram gula kastor | 3/4 cawan & 2.5 sudu besar
2 biji telur Gred A (suhu bilik)
2 sudu teh esen vanilla
250 gram tepung gandum | 2 cawan
5 gram baking soda | 2 sudu teh
180 ml susu segar/ susu penuh krim | 3/4 cawan
15 ml jus lemon/ cuka | 1 sudu besar
CARA MEMBUAT
- Panaskan ketuhar pada suhu 200℃. Alihkan rak pembakar ketuhar ke bahagian kedua dari bawah.
- Siapkan Buttermilk homemade dahulu. Di dalam sebuah cawan, campur bersama susu segar/ susu penuh krim bersama jus lemon/ cuka. Kacau sebati dan biarkan mengental dalam 5 ke 10 minit.
- Ayak bersama tepung gandum bersama baking powder sebanyak dua kali supaya lebih ringan. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk pengadun, putar mentega yang telah lembut selama beberapa minit supaya lebih mudah sebati dengan gula dengan kelajuan sederhana.
- Masukkan gula kastor dan putar dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan pucat. Sekali-sekala, tolak adunan ke tengah mangkuk dengan spatula supaya adunan terpukul rata.
- Masukkan telur, sebiji demi sebiji dan putar sebati.
- Masukkan esen vanilla dan putar sebati.
- Masukkan 1/3 tepung dan putar dengan kelajuan paling rendah, diikuti dengan 1/2 Buttermilk. Putar sekadar sebati sahaja.
- Masukkan lagi 1/3 tepung, putar sebati, diikuti dengan baki Buttermilk.
- Setelah itu, masukkan baki tepung. Putar sebentar kemudian kaup balik menggunakan spatula pula supaya sekata. Jangan terlebih mix, cukup sekadar sebati.
- Siapkan loyang muffin dan alas dengan kertas cawan.
- Sudukan adunan sehingga 3/4 penuh.
- Hentak loyang perlahan beberapa kali supaya gelembung besar dalam muffin pecah.
- Bakar selama 15 ke 20 minit, api atas bawah, sehingga bahagian atasnya keemasan dan lidi pencucuk bersih jika dicucuk di bahagian tengah muffin.
- Keluarkan dari ketuhar, biarkan 2 ke 3 minit dalam loyang sebelum dikeluarkan.
- Sejukkan muffin di atas redai.
🍁Tips Penyimpanan :
- Muffin boleh bertahan selama 3 hari jika dibiarkan pada suhu bilik, dalam bekas bertutup.
- Untuk tahan lebih lama, muffin boleh disimpan dalam peti sejuk dan boleh bertahan sehingga dua minggu.
- Untuk menikmatinya semula, muffin boleh dibakar sebentar pada suhu 150℃ selama 10 ke 15 minit, dan tutup permukaannya dengan aluminum foil supaya tidak kering.
- Boleh juga panakan menggunakan microwave selama beberapa saat.
0 comments :
Post a Comment