Resepi Biskut Mama Carrie
Assalamualaikum readers...
Mama Carrie, biskut evergreen yang tidak asing lagi dan sentiasa menjadi kegemaran ramai. Biskut ini telah popular sejak zaman 80-an lagi, generasi mak-mak kita dah popular biskut ni. Masa tu, nama biskut ini ialah Marmer Carries, tapi sekarang namanya dah jadi Mama Carrie, untuk memudahkan sebutan nama biskut ni.
Pertama kali cuba membuat biskut ini, hasilnya kurang memuaskan. Topping biskut ini tidak begitu menjadi, teksturnya kasar dan terlalu stiff. Bila dipaip atas biskut jadi tak kemas. Rasa toppingnya juga tidak begitu crispy dan agak liat. Tak tahulah dimana silapnya.
Lepas failed eksperimen membuat Mama Carries, saya tak buat lagi biskut ni. sebab agak trauma pula bila toppingnya tak menjadi.
Tapi semangat membuat Mama Carrie ni tiba-tiba membara pula tahun ni, kali ini saya menggunakan resepi olahan sendiri, Alhamdullillah..akhirnya menjadi juga Mama Carrie kegemaran saya dengan tesktur biskut yang rangup dan cair di mulut dengan topping atasnya yang crispy.
Untuk base biskut ni, bahannya mudah dan tidak banyak. Rasanya buttery dan milky dengan adanya susu tepung penuh krim. Untuk toppingnya, anda perlukan putih telur dari 1 biji telur gred A, gula icing dan sedikit tepung jagung untuk memekatkan toppingnya. Kalau suka, bolehlah letak sedikit esen vanila.
Apa yang saya tahu, topping untuk Mama Carrie ni ada dua versi. Satu, versi yang firm. Untuk membuat topping versi firm ni, putih telur perlu dipukul sehingga kembang dan agak pejal (stiff), bila anda terbalikkan mangkuk tu putih telur ni tak jatuh. Lepas tu, baru masukkan bahan lain dan pukul adunan sampai menjadi pekat, likat dan berkilat. Tapi, jangan pukul terlalu lama untuk elak adunan topping ni menjadi terlalu stiff.
Untuk versi topping yang kedua, teksturnya lebih cair. Caranya ialah whisk putih telur sampai berbuih, kemudian campur dengan bahan lain dan kacau sebati.
Untuk topping yang firm, anda perlukan teknik untuk membuatnya dan sejujurnya agak mencabar. Kalau putih telur terlebih air atau tak cukup pukul, kemungkinan topping tak menjadi.
TIPS UNTUK MEMBUAT TOPPING YANG MENJADI :
- Pastikan mangkuk pengadun dan pemutar kering, bersih dan tidak berminyak.
- Putih telur perlu diputar sampai mengembang dua kali ganda dan stiff, bila terbalikkan mangkuk putih telur tidak jatuh dengan kelajuan sederhana tinggi.
- Putar putih telur yang telah dicampur dengan tepung jagung dan gula icing dengan kelajuan sederhana tinggi sehingga adunan menjadi pekat, likat dan berkilat, bila anda angkat dengan spatula, adunannya tergantung pada spatula dan lambat untuk jatuh.
Biskut Mama Carrie
BAHAN-BAHAN
Doh Biskut :
Topping :
CARA MEMBUAT
Doh Biskut :
- Di dalam mangkuk pengadun, whisk mentega bersama gula icing yang diayak terlebih dahulu sehingga sebati dan pucat, tidak perlu sampai kembang.
- Masukkan esen vanila dan susu tepung dan whisk sebati.
- Ayak tepung jagung bersama tepung gandum ke dalam adunan, kemudian adun pakai spatula atau tangan sehingga menjadi doh.
- Bungkus doh dengan cling wrap atau simpan dalam bekas bertutup dan rehatkan dalam peti sejuk selama 30 minit supaya bisut cantik bila diterap.
- Panaskan ketuhar pada suhu 160℃.
- Selepas 30 minit,canai doh setebal 0.8 cm ke 1 cm kemudian terap mengikut acuan pilihan.
- Susun biskut di atas loyang pembakar yang dialas dengan kertas pembakar atau diglis nipis dengan mentega.
- Bakar biskut selama 15 ke 20 minit, atau sehingga bahagian bawah biskut sedikit keperangan. Bakar dengan api atas bawah pada rak kedua bawah.
- Setelah biskut masak, sejukkan dahulu biskut sementara kita siapkan topping.
Topping :
- Di dalam mangkuk pengadun yang kering dan bersih, masukkan putih telur dan putar dengan kelajuan sederhana tinggi sehingga putih telur mengembang dan kental (jika anda terbalikkan mangkuk, putih telur tidak jatuh).
- Campur bersama gula icing dengan tepung jagung.
- Masukkan esen vanila (jika pakai) dan masukkan campuran gula icing secara bertahap sambil memukul adunan dengan kelajuan sederhana tinggi.
- Pukul adunan sehingga likat dan berkilat, jika anda angkat menggunakan spatula, adunan topping lambat untuk jatuh tetapi tidak terlalu kental dan kasar teksturnya.
- Sisihkan sedikit adunan topping untuk dicampur bersama coklat emulco/ pewarna pilihan.
- Masukkan baki topping ke dalam beg piping plastik. Potong muncung beg piping dan paipkan di atas setiap biskut.
- Panaskan ketuhar pada suhu 150℃.
- Lorekkan permukaan topping menggunakan campuran coklat emulco/pewarna dengan lidi pencucuk.
- Bakar semula biskut selama 8 ke 10 minit pada rak kedua bawah, menggunakan api atas bawah, sehingga permukaan biskut keras.
- Sejukkan biskut sepenuhnya sebelum disimpan di dalam balang kedap udara.
0 comments :
Post a Comment