Resepi Biskut Nestum Pandan Rangup
Assalamualaikum readers...
Kali ni saya nak share salah satu variasi biskut Nestum yang boleh dicuba untuk Lebaran nanti. Biskut Nestum ini istimewa kerana selain rasa Nestum yang harum, biskut ini juga kaya dengan rasa pandan dengan sedikit rasa lemak dari krim santan dan krimer.
Sebenarnya saya tak rancang pun nak buat biskut Nestum pandan ni, asalnya saya nak buat biskut Nestum biasa je, tapi memandangkan my Hubby suka sangat dengan pandan, so saya gabungkan Nestum dengan pandan emulco, maka jadilah biskut Nestum pandan yang rangup dan harum ni.
Biskut Nestum pandan ni bukanlah biskut yang moden, dah berzaman orang buat biskut ni, cuma kali ni saya modenkan sikit rasanya dengan menambahkan krim santan dan krimer Coffee Mate.
Hasilnya, biskut Nestum pandan ni bertambah rich dan lemak rasanya, memang sedap , lebih-lebih lagi bila biskut ni kita overbaked sikit.
Tonton Video Di Sini 👇
Untuk biskut Nestum pandan ni, anda boleh pakai apa saja penerap biskut yang anda suka. Kali ini saya banyak pakai penerap biskut berbentuk bunga, entah kenapa mood biskut tahun ni berbunga-bunga je pattern dia. 😅
Rasa biskut ni tidak terlalu manis, manisnya sedang-sedang je sebab kami kurang minat makan biskut yang terlalu manis.
Bagi anda yang minat biskut berasaskan pandan ni, bolehlah cuba variasi biskut pandan ni pula. Sebaiknya, pakai pandan emulco sebab rasanya lebih sedap dan wangi. Tambahan pula, kalau anda pakai pandan emulco atau pes pandan ni, anda dah tak perlu nak tambah pewarna hijau lagi sebab warnanya dah pun cantik.
Selamat mencuba!
Biskut Nestum Pandan Rangup
Kategori : Biskut Raya, Biskut Berterap (Rolled Cookies)
Masa Penyediaan : 25 minit
Masa Membakar : 30 minit
Jumlah Biskut : Anggaran 76 keping
BAHAN- BAHAN
125 gram mentega bergaram (lembutkan) / marjerin | 1/2 cawan
42 gram gula pasir kisar halus | 1/4 cawan * kisar dahulu gula sebelum sukat dengan cawan metrik.
30 gram krim santan | 2 sudu besar
1 sudu teh pes pandan/ pandan emulco
30 gram krimer Coffee Mate | 1/4 cawan
30 gram Nestum | 1/2 cawan
28 gram tepung kastad | 1/4 cawan
55 gram tepung jagung | 1/2 cawan
120 gram tepung gandum | 3/4 cawan & 3 sudu besar
2 gram baking powder | 1 sudu teh
Hiasan :
Glis telur : 1 biji kuning telur + 1 sudu teh air/susu + 1/4 sudu teh pewarna kuning
Nestum secukupnya
CARA MEMBUAT :
- Bakar Nestum selama 5 minit pada suhu 160℃. Ketuhar dipanaskan terlebih dahulu ya. Kemudian, kisar halus Nestum. Ketepikan dahulu.
- Di dalam mangkuk pengadun, whisk mentega bersama gula sehingga sebati dan sedikit pucat. Tak perlu putar sampai kembang.
- Masukkan krim santan dan pes pandan dan kacau sebati.
- Masukkan Nestum yang dikisar dan krimer dan kacau sebati.
- Ayak bersama tepung kastad, tepung jagung, baking powder dan tepung gandum ke dalam adunan. Adun sehingga menjadi doh.
- Bungkus doh dengan cling wrap atau masukkan doh dalam bekas bertutup dan rehatkan doh dalam peti sejuk selama 30 minit supaya hasil biskut kemas bila diterap.
- Panaskan ketuhar pada suhu 160℃.
- Selepas 30 minit, canai doh setebal 0.8 cm ke 1 cm kemudian terap menggunakan acuan pilihan. Celup penerap biskut dalam tepung dahulu kemudian hentak perlahan supaya baki tepung tertanggal dari acuan sebelum menerap doh.
- Susun biskut di atas loyang yang telah diglis dengan mentega atau dialas dengan kertas pembakar.
- Oles permukaan biskut dengan glis telur dan taburkan Nestum.
- Bakar biskut selama 25 ke 30 minit pada rak tengah atau rak kedua bawah (saya pakai rak kedua bawah ya), menggunakan api atas bawah.
- Sejukkan biskut sepenuhnya di atas redai sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
0 comments :
Post a Comment