Resepi Semperit Cheese Yang Cair Di Mulut

Sunday, May 8, 2022

Resepi Semperit Cheese Yang Cair Di Mulut


 

Resepi Semperit Cheese Yang Cair Di Mulut


Assalamualaikum readers...


Entri kali ini saya akan kongsikan salah satu resepi biskut yang diadaptasi dari biskut evergreen - Biskut Semperit Cheese.

Biskut ini mengekalkan konsep biskut semperit panjang yang klasik dari segi bahan asas dan bentuknya, hanya ditambah krim keju dan parutan keju Cheddar.

Untuk acuan semperit panjang, anda boleh pakai acuan semperit panjang plastik atau pun yang dari jenis tembaga.





Bentuk alunan untuk acuan semperit panjang ni pun ada beberapa jenis.  Ada yang bentuknya alunannya sekata sahaja dan ada juga bentuk alunannya yang agak cembung bahagian tepinya, manakala bahagian tengahnya agak tenggelam.

Terpulang pada citarasa masing-masing nak pakai acuan semperit panjang yang macam mana, asalkan rupa biskutnya ada rupa semperit panjang, jadi lah..



Tonton Video Di Sini 👇




Tekstur biskut semperit cheese ni memang rangup dan cair di mulut, dengan rasa lemak-lemak keju.

Memang sedap dibuat kudapan!  Biskut yang satu ni memang favorite my Hubby 😄


Keju Cheddar untuk hiasan tu kalau boleh pakai keju Cheddar yang sesuai untuk topping seperti keju cheddar proses dari jenama Bega.  Kejunya tidak cair bila dibakar, jadi toppingnya nampak cantik.

Saya menggunakan tepung Redrose selain tepung jagung dan tepung kastad supaya tekstur biskut lebih ringan dan rangup.

Tepung Redrose boleh didapati di kedai menjual bahan bakeri atau ada juga tepung Redrose yang dijual di pasaraya dengan jenama MFM, tapi jangan tersalah beli ya, jangan beli tepung MFM yang serbaguna, tetapi yang ditulis Red Roses ya.

Peminat biskut keju bolehlah cuba buat biskut semperit cheese ni, bolehlah jadikan salah satu biskut raya untuk dihidangkan kepada tetamu nanti.


Selamat mencuba!




Biskut Semperit Cheese









Kategori : Biskut Raya

Masa Penyediaan : 30 minit

Masa Membakar : 30 minit

Jumlah Biskut : Anggaran 80 keping




BAHAN-BAHAN 



Doh Biskut :


150 gram mentega bergaram (lembutkan)/ marjerin  |  2/3 cawan

80 gram krim keju (lembut)  |  1/3 cawan

90 gram gula icing  |  2/3 cawan & 1 sudu besar

40 gram susu pekat manis  |  2 sudu besar

1 biji kuning telur gred A/B

1 sudu teh esen vanila

85 gram tepung kastad  |  3/4 cawan

110 gram tepung jagung  |  1 cawan

125 gram tepung Redrose/ tepung biskut  |  1 cawan



Hiasan :


Parutan keju Cheddar untuk topping




CARA MEMBUAT







  1. Di dalam mangkuk pengadun, sebatikan mentega dengan krim keju menggunakan whisk atau spatula.
  2. Ayakkan gula icing ke dalam adunan dan adun sehingga sebati, tidak perlu adun sampai kembang supaya semperit tidak mengembang sewaktu dibakar nanti.
  3. Masukkan kuning telur, esen vanila dan susu pekat manis kemudian kacau sebati.
  4. Ayak bersama tepung Redrose, tepung jagung dan tepung kastad ke dalam adunan dan adun sehingga menjadi doh.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 150℃.
  6. Masukkan sedikit doh ke dalam acuan semperit panjang dan tekan di atas papan pencanai dahulu.
  7. Potong bahagian hujungnya supaya panjangnya lebih kurang 5 cm.  Ulang sehingga doh selesai.
  8. Kemudian, pindahkan biskut menggunakan spatula nipis/ pisau plastik ke atas loyang pembakar yang telah diglis dengan mentega atau dialas dengan kertas pembakar.  Jarakkan sedikit antara biskut supaya tidak melekat antara satu sama lain.
  9. Tabur parutan keju Cheddar di bahagian tengah biskut.
  10. Bakar biskut selama 30 ke 33 minit, atau sehingga bahagian bawah biskut sedikit keperangan menggunakan api atas bawah, rak kedua bawah.
  11. Sejukkan biskut sepenuhnya kemudian bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.










0 comments :

Post a Comment