Victoria Sandwich Slice Cake Yang Moist
Teruja betul selepas stand untuk deco kek yang saya order online di Shopee sampai.
Saya beli jenama Chefmade.
Stand untuk deco kek jenama ni ada 2 jenis - satu yang plastik (yang ni la yang saya beli, bajet sikit) dan satu lagi yang mahal diperbuat dari keluli tahan karat (stainless steel). Memang mahal yang ni.
Takpelah, untuk beginner ni pakai je yang murah dulu kan.
Barang-barang jenama Chefmade semuanya cantik-cantik, cuma perlu sediakan je pulusnya 😅😅
Dah lama betul teringin nak buat kek Victoria Sandwich ni.
Nampak cara membuatnya pun takdelah susah sangat.
Memang sedap rasa kek ni, ditambah pula dengan jem strawberi yang saya tambah dengan buah strawberi segar untuk mendapatkan 'strawberry chunks' di dalam jemnya.
Apa yang membuatkan kek ni bertambah sedap ialah penggunakan cream cheese frosting yang memang sangat padan kalau digandingkan dengan rasa strawberi.
Memang tak cukup sepotonglah kalau makan kek ni!
Saya saje je letak esen strawberi (kebetulan ada ) pada adunan keknya.
Kek Victoria Sandwich ni menggunakan kek mentega, tak seperti kek lain yang biasanya menggunakan kek span.
Sebenarnya agak kelam kabut juga masa mendeco kek ni asalnya.
Entah macam mana, krim putar yang saya pukul tu tak berapa kental pulak, jadi ianya agak cair dan meleleh, jadi bila dipaip ke atas kek jadi tak kemas.
Jadi terpaksalah saya scrape semua krim yang saya dah paip atas kek dan buat semula cream cheese frostingnya.
Tu yang nampak comot sikit kek tu kalau anda tengok dalam videonya. 😅😅
Keknya saya gunakan loyang bersaiz 8" X 8" dan saya potong kepada 9 bahagian saja.
Kalau nak kek potong yang lebih kecik, boleh potong menjadi 16 bahagian.
Untuk membuat kek potong Victoria Sandwich ni, boleh tonton video kalau nak dapatkan visual instructions kat bawah ni yea:
Untuk menyediakan kek potong Victoria Sandwich ni, ada tiga peringkat penyediaan:
- penyediaan kek mentega
- penyediaan inti strawberi
- penyediaan cream cheese frosting
VICTORIA SANDWICH SLICE CAKE
KEK MENTEGA:
Bahan-bahan:
Cara Membuat:
- Di dalam mangkuk pengadun, pukul sebentar mentega untuk melembutkan mentega dengan kelajuan rendah. Tambahkan gula pasir halus / gula kastor dan putar sehingga kembang dan pucat. Tambah kelajuan mixer secara berperingkat.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul selama lebih kurang 20 saat untuk setiap biji telur. Langkah ini penting supaya telur boleh tercampur rata dengan mentega.
- Setelah sebati, masukkan esen vanila dan esen strawberi (optional).
- Ayak tepung gandum bersama tepung jagung dan baking powder ke dalam adunan kek dan kaup balik hingga adunan sebati. Kalau guna mixer, sebatikan adunan dengan kelajuan rendah.
- Akhir sekali, masukkan susu dan kaup balik adunan hingga sebati.
- Alas loyang 8" X 8" dengan kertas pembakar dan lenser dengan mentega. Tuang adunan ke dalam loyang dan hentak beberapa kali supaya adunan rata.
- Panaskan ketuhar selama 10 minit. Bakar pada suhu 180℃ selama 45 hingga 50 minit, menggunakan api atas bawah, rak tengah sehingga cake tester/lidi pencucuk bersih bila dicucuk ke bahagian tengah kek.
- Keluarkan kek dari ketuhar dan telangkupkan kek di atas redai dan biarkan kek betul-betul sejuk sebelum dipotong. Sementara kek sejuk, sediakan inti strawberi dan cream cheese frosting.
- Setelah kek sejuk, trim bahagian atas kek dengan pisau bergerigi/ pemotong kek dan potong kek kepada dua bahagian.
- Bahagian bawah kek dijadikan base untuk kek.
- Potong bahagian atas kek kepada 9 atau 16 bahagian yang sama saiz.
INTI STRAWBERI
Bahan-bahan:
Cara Membuat:
- Potong buah strawberi yang telah dicuci bersih kepada bahagian kecil.
- Panaskan kuali non-stick dan masukkan buah strawberi yang telah dipotong tadi. Tambahkan air dan gula pasir, kacau rata dan biarkan inti mereneh seketika hingga buah strawberi lembut.
- Bila dah lembut, masukkan jus lemon dan jem strawberi dan masak hingga inti sedikit pekat. (Inti jangan terlalu pekat supaya mudah untuk disapu pada kek nanti).
- Pindahkan inti ke dalam mangkuk dan tutup dengan cling wrap supaya permukaan inti tak menjadi keras.
CREAM CHEESE FROSTING
Bahan-bahan:
Cara Membuat:
- Putar krim putar bersama esen vanila dan gula aising sehingga kental.
- Di dalam mangkuk lain, putar krim keju sehingga lembut dan gebu.
- Campurkan krim keju dengan krim putar hingga sebati dan masukkan frosting ke dalam beg piping dengan nozel french star.
- Dinginkan sehingga sedia digunakan.
CARA MENGHIAS KEK VICTORIA SANDWICH
- Sapu inti strawberi pada base kek dengan rata.
- Potong base kek kepada 9 atau 16 bahagian (pastikan jumlah bahagian sama dengan jumlah bahagian untuk bahagian atas kek). Lap bersih pisau setiap kali selepas memotong.
- Paipkan cream cheese frosting di atas base kek.
- Susun bahagian atas kek yang telah dipotong di atas cream cheese frosting tadi.
- Paipkan cream cheese frosting di atas setiap bahagian dan hiaskan dengan buah strawberi.
- Ayakkan gula aising di atasnya jika suka.
0 comments :
Post a Comment