Muffin Pisang Coklat Yang Mudah dan Moist

Sunday, October 11, 2020

Muffin Pisang Coklat Yang Mudah dan Moist




Banyak betul olahan kek, apam dan roti kalau menggunakan pisang ni.

Dalam banyak-banyak gandingan, saya paling suka gandingkan pisang dengan coklat.

Kalau waktu sibuk berdiet dulu pun suka buat brownies coklat pisang, ais krim coklat pisang dan waffle coklat pisang.

Kedua-dua bahan ni memang baik untuk kesihatan, cuma kalau ada diabetes atau masalah buah pinggang tu kenalah kurangkan pengambilan pisang ni sebab ianya buah yang manis dan agak tinggi karbohidrat, terutamanya pisang yang dan terlebih masak tu (overripe).


Muffin pisang coklat ni saya buat untuk minum petang.

Sejak mak saya tinggal bersama kami, saya memang akan pastikan cemilan untuk minum petang sentiasa ada, walaupun kengkadang menu-menu yang saya buat untuk recording Youtube saya ni tak berapa kena dengan selera orang tua, contohnya kek-kek yang berkrim tu.

Kalau saya buat kek yang berkrim, saya akan pastikan saya bake kek yang sama satu lagi untuk mak tapi tanpa krim.

So, yang berkrim saya dan Mr Hubby yang habiskan, sementara yang takde krim tu mak yang habiskan.




Biasa sangat orang keliru antara muffin dan kek cawan kan?

Sesetengah orang panggil semua kek yang dibakar dalam paper cup tu kek cawan, ada pulak orang yang panggil sebagai muffin.

Jadi, apa beza muffin dengan kek cawan ni sebenarnya?

Apa yang saya faham, bezanya terletak pada struktur kek tu.

Kek cawan basically ialah adunan kek biasa (sama ada butter cake, kek chiffon atau kek span) yang dimasukkan ke dalam paper cup kemudian dibakar.

Jadi, tekstur kek cawan biasanya gebu dan lebih ringan.

Sementara muffin pulak teksturnya lebih padat dan penggunaan mentega lebih sedikit berbanding adunan butter cake.

Adunan muffin juga biasanya diadun tanpa pakai hand whisk, pakai balloon whisk pun boleh, dan adunannya diadun setakat sebati je.

Cuma, kengkadang ada sesetengah resepi yang adunan muffinnya diadjust sikit supaya tak terlalu padat.


Resepi muffin pisang coklat yang akan saya kongsikan kali ni memang sangat mudah nak disediakan.

Kalau nak muffin pisang coklat ni lebih intense rasa pisang dan coklatnya, pakailah pisang yang overripe dan tambah cip coklat di dalam adunannya.

Untuk muffin, boleh pakai paper cup yang macam kertas tu, tapi kertas cawan yang ni perlukan loyang muffin atau aluminium cup untuk maintain bentuknya sewaktu dibakar.

Kalau pakai paper cup yang keras tu tak perlu bakar guna loyang muffin atau aluminium cup dah.

Terpulanglah pada citarasa masing-masing nak pakai paper cup yang macam mana.


Untuk lebih mudah, tonton je video yang saya dah upload di channel Youtube saya untuk visual instructions tentang cara-cara menyediakan muffin pisang coklat ni di bawah:




Saya pakai minyak jagung untuk adunan muffin pisang coklat ni, tapi kalau nak ganti dengan mentega yang telah dicairkan dan biar sejuk dulu pun boleh.

Anda boleh pakai apa-apa jenis pisang untuk membuat muffin ni, tapi biasanya saya akan pakai pisang berangan atau Cavendish kalau nak buat muffin.


Muffin pisang coklat ni paling sedap bila ianya dihidang segar, setelah dibakar.

Muffin ni boleh disimpan di dalam peti sejuk dan boleh bertahan lebih kurang 1 minggu.

Panaskan muffin menggunakan kaedah kukus untuk mendapatkan muffin yang moist, tapi jangan lupa untuk balut penutup mengukus dengan tuala bersih untuk elak wap air dari jatuh ke atas muffin sewaktu ianya sedang dikukus.


Jom semak resepi.




MUFFIN PISANG COKLAT


Kategori: Muffin

Menghasilkan: Anggaran 16 biji muffin



BAHAN-BAHAN:




2 ulas pisang (saya pakai pisang berangan)  | 400 gram

2 biji telur gred A (suhu bilik)

2/3 cawan gula perang | 135 gram - boleh pakai gula pasir kalau suka

2 sudu teh esen vanila

1/3 cawan minyak jagung  | 80 ml - boleh pakai minyak masak

1/3 cawan susu penuh krim  | 80 ml - boleh pakai susu segar/susu sejat

2 cawan tepung gandum  | 250 gram

2 sudu besar tepung jagung  | 14 gram

2 & 1/2 sudu teh baking powder  | 10 gram

1/4 sudu teh garam  | 1 gram

1/2 cawan serbuk koko  | 50 gram

1/2 cawan cip coklat  | 100 gram


Hiasan:

Cip coklat secukupnya




CARA MEMBUAT:


  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170℃.
  2. Di dalam mangkuk pengadun, lecek pisang menggunakan potato masher atau garfu (tak perlu terlalu halus).
  3. Masukkan gula perang dan telur, kemudian whisk hingga sebati dan gula larut.
  4. Masukkan esen vanila, minyak jagung dan susu penih krim, kemudian whisk hingga sebati.
  5. Ayakkan tepung gandum bersama tepung jagung, serbuk koko, baking powder dan garam ke dalam adunan muffin.  Gaul hingga sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan cip coklat dan gaul sebati.
  7. Alas loyang muffin/aluminium cup dengan paper cup dan sudukan adunan muffin hingga 3/4 penuh.
  8. Tabur cip coklat di atas muffin kalau suka.
  9. Bakar selama 25 ke 30 minit, menggunakan api atas bawah pada rak tengah sehingga lidi pencucuk/cake skewer bersih bila dicucuk ke bahagian tengah muffin.
  10. Hidangkan muffin sewaktu ianya telah suam.
  11. Simpan baki muffin ke dalam bekas bertutup dan boleh kukus atau panaskan sebentar menggunakan microwave sebelum dihidang.






0 comments :

Post a Comment