Resepi Roti Jagung Mayonis Berkeju
Assalamualaikum readers...
Salah satu olahan roti savory favorite kami menggunakan inti jagung yang dicampur dengan mayonis, chicken meatloaf, hirisan daun bawang dan keju Cheddar. Tekstur roti ini sangat gebu dan lembut, walaupun diuli dengan menggunakan tangan.
Saya menggunakan jagung kernel frozen yang dikukus selama 15 minit supaya cukup masak dan rasanya lebih lemak manis. Jika anda pakai jagung kernel dalam tin tu, tak perlu lagi dikukus, boleh terus campur dengan mayonis dan bahan-bahan lain.
Saya menggunakan meatloaf ayam untuk menghabiskan stok yang masih ada di rumah. Kalau takde meatloaf ayam ni, anda boleh ganti dengan sosej atau jejari ketam. Meatloaf ayam ni saya goreng dengan sedikit minyak sekejap, nak bagi rasa "smokey" gitu. Kalau pakai sosej atau jejari ketam, sama juga, anda perlu goreng sekejap supaya rasanya lebih sedap sebelum dicampur dengan bahan inti yang lain.
Bagi readers yang biasa follow resepi roti saya di Youtube Channel saya, anda mensti akan perasan kebelakangan ni saya banyak menggunakan bread improver untuk resepi roti saya. Bread improver ni saya beli sebab nak buat roti benggali sebelum ni, disebabkan nak bagi roti benggali ni extra gebu, supaya tak sama dengan roti sandwich biasa yang teksturnya lebih padat, saya tambahkan sedikit bread improver pada doh roti. Hasilnya memang extra lembut dan gebu, macam roti beli kedai bakery 😄.
Memandangkan stok bread improver masih banyak di rumah, sebab tu saya tambah di dalam doh roti saya. Kalau takde bread improver pun takpe, sebab roti tetap lembut asalkan cukup uli. Doh roti perlu diuli sampai ianya jadi elastik dan boleh diregang sampai nipis.
Tonton Video Di Sini 👇
Bagi yang minat roti jagung versi savory yang berkeju dan bermayonis ni, bolehlah cuba resepi ni di rumah. Roti ni boleh disimpan dalam peti sejuk untuk beberapa hari, kemudian, kalau nak makan, bakar semula menggunakan suhu 150℃ selama 10 ke 15 minit, sampai roti terasa hangat kalau disentuh. Kalau pakai microwave, panaskan roti selama 30 saat, atau sampai roti jadi lembut dan hangat.
Selamat mencuba!
Roti Jagung Mayonis Berkeju
Kategori : BunMasa Penyediaan : 50 minitMasa Proofing : 1 jam 45 minitMasa Membakar : 20 minitJumlah Hidangan : 8 keping
BAHAN-BAHAN
Doh Roti :
147 ml susu segar/susu penuh krim (suam) | 1/2 cawan & 1.5 sudu besar1 biji telur gred A (+-55 gram tanpa kulit)36 gram gula halus | 3 sudu besar4 gram yis kering segera | 1 & 1/2 sudu teh250 gram tepung roti | 2 cawan65 gram tepung gandum | 1/2 cawan2 gram garam | 1/2 sudu teh4 gram bread improver | 1 sudu teh45 gram mentega (lembutkan) / marjerin | 3 sudu besarAnggaran 1/2 sudu besar tepung gandum untuk menguli
Inti Jagung Mayonis :
260 gram jagung kernel | 2 cawan3 helai daun bawang3 keping keju Cheddar3 keping meatloaf ayamSerbuk lada hitam kasar secukupnya150 gram mayonis | 3/4 cawan
Hiasan :
Parutan keju Cheddar secukupnyaParsley kering secukupnyaSusu untuk olesan roti
CARA MEMBUAT
Doh Roti :
- Di dalam mangkuk pengadun, masukkan susu, telur, yis dan gula. Kacau sebentar sampai sebati.
- Masukkan tepung roti, tepung gandum, bread improver dan garam dan adun sampai menjadi doh kasar.
- Pindahkan doh ke atas papan pencanai/ permukaan kerja yang ditabur sedikit tepung dan uli selama 2 ~ 3 minit, sehingga doh sedikit lembut.
- Lebarkan doh kemudian letakkan mentega/marjerin di tengahnya. Sebatikan.
- Setelah sebati, uli lebih kurang 10 minit, sampai doh menjadi elastik (ambil sedikit doh dan cuba regangkan senipis mungkin. Jika doh boleh diregang nipis sehingga cahaya boleh menembusi doh bermakna doh anda telahpun elastik). Tambah sedikit tepung sewaktu menguli jika doh agak lembik.
- Bulatkan doh dan masukkan ke dalam mangkuk yang telah dioles sedikit minyak. Tutup mangkuk dengan cling wrap dan rehatkan selama 60 minit di tempat suam, sehingga doh mengembang dua kali ganda.
Inti Jagung Mayonis :
- Kukus jagung kernel selama 15 minit dengan api sederhana. Setelah itu, angkat dan toskan air kukusan pada jagung.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper anti lekat dan goreng meatloaf ayam sebentar sehingga sedikit kecoklatan. Kemudian, potong kecil dan masukkan ke dalam mangkuk berisi jagung.
- Potong keju Cheddar menjadi kecil dan masukkan ke dalam mangkuk berisi jagung.
- Potong daun bawang selebar 0.5 cm dan masukkan ke dalam mangkuk berisi jagung.
- Tambahkan serbuk lada hitam kasar secukupnya dan mayonis. Gaul sebati.
- Masukkan inti dalam peti sejuk dahulu sementara sedia untuk digunakan.
Membentuk Doh :
- Selepas 60 minit, tumbuk doh untuk keluarkan angin.
- Bahagikan kepada 8 bahagian sama rata, anggaran 76 gram untuk setiap bahagian.
- Bulat-bulatkan setiap bahagian, tutup dan rehat 10 minit supaya mudah untuk dicanai.
- Selepas 10 minit, ambil satu bebola doh kemudian canai menegak.
- Gulung dari arah atas dan bawah dan satukan di tengah doh.
- Picit rapat kedua gulungan supaya melekat antara satu sama lain.
- Terbalikkan doh supaya bahagian yang dicantum (seam) berada di bawah dan canai memanjang lebih kurang 10 cm.
- Masukkan doh roti ke dalam paper cup bujur.
- Ulang sehingga selesai.
- Tutup doh roti dengan plastik/tuala bersih dan rehatkan 35 minit.
Menghias Roti :
- Selepas 35 minit, belah bahagian tengah doh roti secara memanjang menggunakan pisau tajam/ scoring knife.
- Tutup doh roti semula dan rehatkan lagi 10 minit.
- Panaskan ketuhar pada suhu 190℃.
- Selepas 10 minit, isikan bahagian tengah roti dengan inti jagung mayonis. Tabur sedikit parsley kering di atas inti.
- Oles bahagian tepi roti dengan susu dan tabur parutan keju Cheddar.
- Bakar selama 20 ~ 22 minit pada rak tengah menggunakan api atas bawah.
- Setelah roti keemasan, keluarkan dari ketuhar dan roti siap untuk dihidang!
0 comments :
Post a Comment