Resepi Kuih Putri Ayu Jagung
Assalamualaikum readers...
Kuih putri ayu, atau puteri ayu merupakan salah satu kuih tradisional yang tak kurang ramai penggemarnya. Kuih putri ayu dikukus dengan menggunakan acuan khas untuk mendapatkan bentuknya yang unik. Kuih putri ayu terdiri dari dua lapisan, lapisan atasnya ialah kelapa parut yang sedikit masin manakala lapisan bawahnya ialah adunan kuihnya yang lemak manis. Kuih putri ayu biasanya berperisa pandan, ada yang menggunakan jus pandan segar atau boleh juga menggunakan pes pandan, atau perisa pandan.
Resepi kuih putri ayu kali ini ialah putri ayu jagung. Saya menggunakan jagung kernel dalam tin yang dikisar halus untuk membuat adunan putri ayu. Untuk menambah rasa jagung, saya tambahkan emulco jagung atau anda boleh juga pakai esen jagung tu ya. Fungsinya sama sahaja cuma esen jagung biasanya berwarna jernih, jadi anda boleh lebihkan sedikit pewarna kuning supaya warna putri ayu jagungnya menyerlah dan cantik.
Tonton Video di Sini :
Cara untuk menyediakan putri ayu jagung ini sama saja seperti cara menyediakan putri ayu pandan. Kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam dan tepung ubi ditekan ke dalam acuan putri ayu kemudian dikukus sebentar supaya lapisan kelapa tidak cepat basi. Selain cara ni, kelapa parut yang telah digaul bersama garam dan tepung ubi boleh dikukus terlebih dahulu sebelum ditekan ke dalam acuan. Terpulang kepada kebiasaan masing-masing ya.
Adunan untuk putri ayu jagungnya sebenarnya sama seperti membuat adunan untuk membuat kek span. Telur dipukul bersama ovalet dan gula sehingga mengembang tiga kali ganda dan kental sebelum tepung dan bahan kisar ditambah ke dalam adunan telur secara bertahap. Adunan perlu dikaup balik sahaja supaya adunan tidak menjadi mampat.
Tips untuk mendapatkan bentuk putri ayu jagung yang cantik :
- Gunakan kelapa parut yang bahagian putihnya sahaja supaya lapisan kelapanya cantik, dan putih mulus.
- Lapisan kelapa biasanya 1/3 daripada acuan, manakala 2/3 lagi ialah adunan putri ayunya.
- Pastikan gula, telur dan ovalet dipukul sehingga betul-betul mengembang dan kental untuk memastikan putri ayu gebu dan tidak mampat.
- Acuan putri ayu perlu dioles dengan minyak masak supaya kuih tidak melekat pada acuan setelah masak dan seeloknya panaskan acuan sebentar setelah dioles minyak sebelum adunan dituang ke dalam acuan.
- Penutup pengukus hendaklah dibalut dengan kain atau tuala tebal supaya tiada wap air yang menitik pada permukaan kuih dan jangan buka penutup pengukus sewaktu kuih dikukus supaya kuih mengembang dengan sempurna.
- Air dalam pengukus perlu didihkan terlebih dahulu sebelum mengukus kuih supaya jumlah wap dalam pengukus mencukupi untuk mengukus kuih.
- Pastikan api tidak terlalu rendah sewaktu mengukus supaya kuih dapat mengembang dengan sempurna.
- Keluarkan kuih dari acuan setelah kuih suam atau sejuk supaya bentuknya cantik.
- Acuan yang akan digunakan semula perlu dioles semula dengan minyak dan keluarkan sisa kuih yang melekat pada acuan kalau ada dengan menggunakan lidi pencucuk.
- Kuih putri ayu jagung boleh disimpan di dalam bekas bertutup. Letak sehelai plastik untuk memisahkan setiap lapisan supaya kuih tidak melekat.
- Kuih boleh bertahan selama seminggu di dalam peti sejuk, atau sehingga dua bulan jika difrozenkan.
- Kuih yang frozen boleh terus dikukus semula sehingga lembut.
Kuih Putri Ayu Jagung
BAHAN-BAHAN
Lapisan Kelapa :
Adunan Putri Ayu :
CARA MEMBUAT :
- Didihkan air secukupnya di dalam pengukus.
- Oles acuan putri ayu dengan minyak masak.
- Campurkan kelapa parut, garam dan tepung ubi. Gaul rata kemudian masukkan kelapa ke dalam acuan sehingga 1/3 penuh. Tekan-tekan supaya padat. Buat hingga selesai.
- Kukus selama 5 minit dengan api sederhana.
- Kisar halus jagung kernel bersama santan pekat.
- Tuang bahan kisar ke dalam mangkuk dan campur bersama emulco/esen jagung, esen vanilla dan pewarna kuning. Kacau sebati dan ketepikan.
- Di dalam mangkuk lain, pukul telur, ovalet dan gula halus sehingga dengan kelajuan tinggi sehingga adunan mengembang tiga kali ganda dan kental.
- Ayakkan tepung gandum bersama baking powder dan masukkan tepung sedikit demi sedikit, diselang-selikan bersama bahan basah.
- Kaup balik adunan sehingga sebati.
- Masukkan adunan ke dalam beg plastik piping jika suka.
- Paipkan adunan sehingga hampir penuh ke dalam acuan.
- Kukus dengan api sederhana tinggi selama 10-13 minit, atau sehingga bahagian tepi kuih renggang sedikit dari acuan.
- Setelah kuih masak, biarkan kuih sejuk sebentar sebelum dikeluarkan. Umpil kuih menggunakan lidi pencucuk.
- Kuih siap untuk dihidangkan .
- Baki kuih boleh disimpan dalam bekas bertutup dan boleh disimpan dalam peti sejuk atau difrozenkan.
0 comments :
Post a Comment