Resepi Roti Ham and Cheese
Assalamualaikum readers...
Salah satu roti savory yang menjadi kegemaran ramai ialah roti ham and cheese. Roti yang ala bakeri ini rasanya enak, ditambah pula dengan lapisan keju cheddar dan disalut pula dengan keju parmesan. Tesktur roti ini lembut dan gebu, walaupun hanya diuli pakai tangan.
Doh roti ini menggunakan straight dough, iaitu doh yang disiapkan pada waktu yang sama dan terus digunakan. Doh jenis ini tidak menggunakan doh lama, atau sponge dough, dan juga doh pemula (dough starter) seperti doh masam (sour dough). Doh seperti ini lebih ringkas dan rasanya juga sedap asalkan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti.
Tonton Video di Sini :
Roti ham and cheese ini menggunakan ham ayam yang telah dikukus terlebih dahulu supaya tahan lebih lama dan tidak cepat basi. Saya menggunakan ham ayam dari jenama Ayamadu, hamnya agak tebal, jadi saya hanya menggunakan separuh bahagian sahaja untuk setiap roti. Kalau ham ayam yang anda gunakan itu nipis, letak sekeping ham ayam yang telah dibelah dua untuk setiap roti ya. Rasa roti ham and cheese ini lemak masin ya, tidak pedas kerana tidak menggunakan sos cili. Jadi memang sesuai dibuat untuk anak-anak kerana tidak pedas.
Cara Menyimpan Roti Ham and Cheese :
- Simpan roti yang telah sejuk di dalam bekas bertutup atau plastik yang diseal. Roti boleh bertahan selama 2 hari pada suhu bilik.
- Roti boleh disimpan dalam peti sejuk sehingga 1 minggu.
- Untuk memanaskan semula roti, bakar sekejap roti pada suhu 150℃ selama lebih kurang 10 minit. Tutup permukaan roti dengan aluminum foil supaya permukaannya tidak keras.
- Selain itu, boleh juga dipanaskan menggunakan microwave selama beberapa saat, atau sehingga roti menjadi hangat.
Roti Ham and Cheese
BAHAN-BAHAN
Doh Roti :
Bahan Lain :
CARA MEMBUAT
Doh Roti :
- Di dalam mangkuk pengadun, satukan susu, telur, gula pasir dan yis segera. Kacau sebati.
- Masukkan tepung gandum, tepung roti dan garam, adun dengan spatula/senduk sehingga tepung menyerap cecair.
- Kemudian, adun pakai tangan sehingga doh kasar terbentuk.
- Tutup mangkuk dengan tuala bersih dan rehatkan selama 20 minit.
- Selepas 20 minit, uli doh sebentar untuk mengeluarkan gas. Doh sudah sedikit elastik ketika ini.
- Tambahkan mentega/marjerin dan adun sehingga mentega/marjerin menyerap ke dalam doh.
- Pindahkan doh ke atas papan pencanai yang ditabur sedikit tepung dan uli sehingga doh menjadi elastik dan permukaan doh licin. Untuk lebih mudah, uli dengan cara "slap and fold".
- Setelah itu, bulatkan doh dan masukkan semula ke dalam mangkuk pengadun yang telah dioles dengan sedikit minyak supaya mudah untuk mengeluarkan doh nanti.
- Tutup mangkuk dengan cling wrap/tuala lembap dan rehatkan selama 1 jam atau sehingga doh mengembang dua kali ganda.
Membentuk Roti :
- Selepas 1 jam, terbalikkan doh di atas papan pencanai yang telah ditabur tepung.
- Tekan-tekan doh untuk keluarkan gas dan bahagikan kepada 10 bahagian (Anggaran 57 gm setiap bahagian).
- Tekan-tekan setiap doh kecil kemudian bulatkan.
- Susun di atas permukaan yang telah ditabur tepung.
- Tutup dan rehatkan selama 15 ke 20 minit supaya mudah untuk mencanai doh.
- Selepas 15 minit, ambil doh yang pertama dibulatkan kemudian letakkan di atas papan pencanai yang ditabur sedikit tepung.
- Canai menjadi bentuk segiempat panjang berukuran anggaran 10 x 18 cm.
- Jika menggunakan separuh ham untuk setiap doh kerana hamnya tebal, letakkan separuh bahagian keju cheddar di tengah doh, paipkan mayonis, kemudian letakkan separuh ham, paipkan mayonis di atasnya, kemudian letakkan sebahagian lagi keju cheddar.
- Jika menggunakan sekeping ham untuk setiap doh, letakkan separuh ham dahulu di tengah doh, kemudian paipkan mayonis, diikuti dengan separuh keju cheddar, paipkan mayonis, letakkan separuh ham lagi, paipkan mayonis dan diikuti dengan separuh lagi keju cheddar.
- Lipat doh ke dalam seperti melipat surat. Picit bahagian hujung doh supaya lipatan tidak terbuka.
- Oles permukaan doh dengan campuran telur dan susu.
- Kemudian salut dengan serbuk parmesan. Buang lebihan serbuk parmesan menggunakan berus baking.
- Susun di atas loyang pembakar yang dioles sedikit mentega/ dialas dengan kertas baking. Letakkan jarak antara doh supaya roti tidak melekat antara satu sama lain.
- Tutup doh roti dan rehatkan selama 40 ke 50 minit, sehingga doh mengembang sebanyak dua kali ganda.
Membakar Roti :
- Panaskan ketuhar pada suhu 190℃ 15 minit sebelum habis masa rehat yang kedua.
- Kelar bahagian tengah roti menggunakan pisau nipis dan tajam.
- Paipkan mayonis di bahagian tengah roti.
- Bakar selama 15-20 minit, menggunakan api atas bawah pada rak tengah/kedua dari bawah.
- Setelah roti masak, oles permukaan roti dengan mentega/marjerin cair.
- Tabur parsley kering di atas mayonis.
- Roti siap untuk dihidang.
0 comments :
Post a Comment