Info Drop Cookies

Friday, February 28, 2020

Info Drop Cookies



Pengenalan

Drop cookies memang semakin melonjak popularitinya di kalangan para bakers di luar sana.
Diinspirasikan oleh Famous Amos, jenama biskut coklat chips yang sudah tidak asing lagi, drop cookies ternyata tak hanya limited pada biskut coklat chips sahaja.

Drop cookies, seiring dengan nama jolokannya, merupakan biskut yang mana dohnya diceduk menggunakan sudu atau ice cream scoop dan dijatuhkan di atas dulang pembakar.
Drop cookies biasanya mempunyai bentuk yang tidak sekata, berbeza dengan biskut yang dipaip atau diterap, yang mempunyai bentuk yang uniform.  Itulah keistimewaan drop cookies, bentuk yang tidak sekata itulah yang menjadi trademarknya.


Contoh drop cookies setelah dimasak.  


Contoh lain untuk drop cookies. 

Ciri Doh Untuk Drop Cookies

Drop cookies biasanya mempunyai tekstur doh yang sedikit lembik berbanding doh untuk biskut yang diterap.  Lagi lembik doh yang diadun, lagi leper biskut yang dihasilkan kerana doh biskut akan meleper (spread) sewaktu dibakar.  Doh biskut yang lembik biasanya disudukan terus ke atas dulang pembakar setelah diadun, kemudian disejukkan dahulu di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam untuk membantu mengelakkan biskut menjadi terlalu leper ketika dibakar.

Walau bagaimanapun, ada juga drop cookies yang dohnya lebih pejal.  Doh untuk drop cookies yang lebih pejal, boleh dicuil dengan tangan dan disusun di atas dulang pembakar.  Doh yang sebegini biasanya tidak akan terlalu spread bila dibakar.  Jadi biskut yang dihasilkan tidak terlalu leper.  Doh untuk drop cookies yang lebih pejal juga boleh terus dibakar tanpa perlu direhatkan dahulu dalam peti sejuk.



Tips Untuk Drop Cookies

Saya syorkan untuk cuba bakar satu atau dua biskut dahulu untuk pastikan sekiranya drop cookies anda terlalu spread sewaktu dibakar.  Kemudian, cuba kenalpasti beberapa faktor seperti yang saya senaraikan di bawah ini yang boleh dipertimbangkan supaya drop cookies anda bentuknya cantik dan tidak terlalu leper.


1. Suhu Doh Sebelum dibakar

Seperti yang saya sebutkan di atas, amat digalakkan untuk menyejukkan dahulu doh yang telah diadun atau yang telah di susun di atas dulang pembakar sekurang-kurangnya 1 jam.  Proses menyejukkan doh membantu kandungan lemak yang ada dalam doh memejal, jadi kebarangkalian untuk biskut terlalu mengembang bila dibakar dapat dikurangkan.


2. Penggunaan Jenis Mentega

Sebaiknya gunakan mentega asli kerana kandungan lemaknya lebih tinggi berbanding shortening, marjerin atau jenis mentega rendah lemak.  Marjerin dan mentega rendah lemak mempunyai kandungan air yang lebih tinggi yang akan menjadikan doh lebih lembik.

Selain itu, tips lain ialah dengan gunakan mentega yang masih dingin (bukan yang di suhu bilik) sewaktu mengadun doh biskut.  Butter yang dingin membantu mengurangkan biskut dari terlalu mengembang ketika dibakar, terutamanya jika tidak direhatkan dahulu dalam peti sejuk.


3. Teknik Mengadun Doh

Adunan tidak perlu diadun terlalu lama, overmixing doh boleh menyebabkan biskut menjadi rapuh kerana banyak gelembung udara.  Kebiasaannya, adunan doh untuk drop cookies memadai dengan menggaul sebati saja tanpa mentega dan gula dipukul sehingga kembang.


4. Penggunaan Jenis Tepung

Tepung merupakan komponen sangat penting untuk setiap biskut.  Biasanya penggunaan tepung dari jenis yang berlainan akan mempengaruhi tekstur biskut yang dihasilkan.  Penggunaan tepung yang lebih tinggi kandungan proteinnya, seperti tepung gandum dan tepung roti akan menghasilkan biskut yang lebih leper, warnanya lebih gelap dan tekstur yang lebih rangup berbanding biskut yang dibuat menggunakan tepung kek.

Selain itu, kuantiti tepung yang digunakan dalam adunan biskut, seperti yang saya beritahu sebelum ini, juga memainkan peranan.  Doh yang lembik kerana kurang tepung akan membuatkan biskut leper.  Sekiranya biskut terlalu mengembang, mungkin boleh tambah lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga biskut mengembang dengan sederhana dan sekata.



Resepi-resepi Drop Cookies Popular:


Resepi Biskut Butterscotch Chips


0 comments :

Post a Comment